Kelas Microsoft Word (Resume)
6 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Word (RESUME) bersama seorang peserta. Kelas ini bermula pada pukul 2:00 petang dan tamat pada pukul 5:00 petang. Peserta mempelajari cara menghasilkan resume dengan betul. Kami menyarakan agar beliau menghasilkan resume mengunakan ‘table’ kerana hasilnya akan lebih kemas dan tersusun. Selepas siap resume dihasilkan kami mengajar beliau mencetak resume tersebut.
Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: