Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Keusahawanan:
Pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi penduduk kampong. Anatara produk yang diusahakan oleh penduduk kampong ialah pembuatan kraf tangan seperti tikar kelasah, tikar tambok dan pembuatan pakaian tradiosional.
Tikar kelasah dan bakul tambok
I. Tikar kelasah "Pada zaman dahulu, tikar Kelesah bukan digunakan untuk perhiasan dinding, lapik meja tamu atau lapik lantai tetapi sebagai alas untuk menjemur padi.
II. Bakul tambok Jika dahulu bakul Tambok digunakan untuk membawa hasil tanaman, menyimpan padi atau beras pada musim menuai, tetapi kini pembuatnya diperluaskan.
Pembuatan pakaian tradiosional bidayuh
Pertanian:
Merupakan bidang paling ramai yang diceburi oleh penduduk Kg. Antara tanaman yang ditanam oleh penduduk di sini seperti sayur-sayuran iaitu timun, kacang panjang, kangkung, bayam, sawi, dan sebagainya.
Hasil tanaman petani ini biasanya akan dibeli oleh pemborong untuk dijual di sekitar pasar Kota Padawan dan pasar Siburan. Malah, ada kalanya petani ini sendiri yang menjual hasil tanaman mereka ke pasar-pasar pagi di kawasan yang berdekatan.
Selain itu, penduduk kg juga bergiat aktif dalam aktiviti penanaman padi bukit, lada hitam, kelapa sawit dan getah sebagai sumber pendapatan jangka masa panjang.
Penanaman kelapa sawit
Penanaman padi huma
Penanaman lada hitam
Penanaman getah