Kelas Microsoft Word (Surat Rasmi Korporat)

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Februari 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Word (Surat Rasmi Korporat) bersama seorang peserta IPTA. Kelas ini bermula pada pukul 9:00 pagi dan tamat pukul 12:00 tengahari. Peserta mempelajari cara format menaip dengan betul. Beliau juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi.

Selain itu, kami dedahkan Advokasi Check Your Label iaitu betapa pentingnya memiliki peralatan komunikasi berlabel MCMC. Hal ini kerana, peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali