Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (E-Learning)

29 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 1:00 petang hingga pukul 4:00 petang. Kami sangat mengalu-alukan kedatang pelajar untuk menggunakan khidmat Pusat Internet Komuniti dalam menghadiri kelas dalam talian.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali