Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam

3 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai 4 orang telah berdaftar pada hari tersebut.

Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

kembali