Kelas Microsoft Word –Surat Rasmi Korporat
1 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPada 31 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu Surat Rasmi Korporat pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta mempelajari format menaip dengan betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya. Mereka juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.
Selain itu, kami dedahan modul Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu Buli Siber melalui tontonan video. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: