Kelas Microsoft Word - Surat Rasmi Korporat

23 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu Surat Rasmi Korporat pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang peserta. Peserta mempelajari format menaip dengan betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya. Mereka juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang semak maklumat yang diperoleh daripada Internet. Hal ini kerana bukan semua maklumat di Internet adalah benar jadi periksa dahulu sebelum guna atau sebar. Terdapat 4 tip keselamatan iaitu pertama sumber. Lihat asal-usul maklumat. Adakah ia boleh dipercayai? Pastikan bahawa sumber maklumat tersebut boleh dipercayai. Tip kedua iaitu memahami apa yang dibaca serta pastikan ianya jelas fakta dan bukanya pendapat.

Tip ketiga iaitu selidik buat carian lebih mandalam dan melangkaui sumber asal serta siasat dengan teliti sebelum membuat keputusan dan periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber. Tip yang terakhir menilai cari keseimbangan dengan mengunakan pertimbangan yang saksama, lihat daripada sudut yang berbeza, cari penjelasan daripada sekurang-kurangnya dua pihak mengenai sesuatu perkara. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali