Kelas Aktiviti Stem- Permainan Rubik Cube

25 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM –Permainan Rubic Cube secara berkumpulan pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 6 orang peserta. Permainan Rubik's Cube mempunyai beberapa kepentingan yang dapat memberikan manfaat kepada peserta:
i. Kemahiran Berfikir Kritis: Memecahkan teka-teki Rubik membangunkan pemikiran kritis dalam mencari solusi yang efektif.
ii. Kemahiran Komunikasi: Bermain Rubik dengan orang lain memperkuat kemahiran komunikasi dalam menyampaikan strategi pemecahan masalah.
iii. Kemahiran Kerjasama: Bermain dalam kelompok membantu membangunkan kemahiran kerjasama yang penting dalam lingkungan kerja dan sosial.
iv. Kemahiran Kreativiti dan Inovasi: Memecahkan teka-teki Rubik memerlukan kreativiti dan inovasi dalam menemukan solusi-solusi baru.
v. Kemahiran Berfikir Luas: Bermain Rubik membangunkan kemahiran berfikir luas dalam menyesuaikan strategi untuk menyelesaikan teka-teki.
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali