LIVE WEBINAR NADI X CYBERSECURITY DAN WEBINAR NADI X AWARENESS

10 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2026, NADI Kg. Braang Bayur telah mengadakan webinar “QR Scam, Fake Banking Apps, APK Malware yang Sedang Viral”. Sesi ini membincangkan taktik penipuan QR, aplikasi perbankan palsu serta ancaman APK malware yang semakin berleluasa, termasuk langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi diri dan keluarga daripada menjadi mangsa.

Webinar NADI x Cybersecurity berlangsung dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang melalui platform LMS Cybersecurity dan disertai oleh dua orang kanak-kanak serta seorang dewasa.

Webinar NADI x Awareness bertajuk “KIS: Etika Perkongsian Kandungan Digital” pula diadakan pada 10 dan 11 September 2026 dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur dan disertai oleh enam orang peserta.

Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.

Kembali Ke Atas

kembali