KELAS CHATGPT UNTUK KEHIDUPAN RASMI
18 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2026 (Ahad), NADI Kg. Bra’ang Bayur telah berjaya menganjurkan Kelas ChatGPT untuk Kehidupan Rasmi bertempat di Bilik Latihan NADI Kg. Bra’ang Bayur dari 11.00 pagi hingga 1.00 petang.
Kelas ini disertai oleh 5 orang peserta dan memberi fokus kepada:
- Teknik menulis prompt ChatGPT
- Menghasilkan email rasmi
- Menyediakan surat rasmi
- Membina kertas program dengan lebih cepat & tersusun
Peserta didedahkan dengan latihan praktikal serta panduan penggunaan ChatGPT untuk membantu urusan penulisan rasmi dalam kehidupan seharian.
Terima kasih kepada semua peserta atas penglibatan yang sangat positif. Semoga ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan dan memberi nilai tambah dalam urusan rasmi masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: