KELAS CHATGPT UNTUK KEHIDUPAN RASMI
22 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 Januari 2026 (Khamis), NADI Kg. Bra’ang Bayur telah menganjurkan Kelas ChatGPT untuk Kehidupan Rasmi bertempat di Bilik Latihan NADI Kg. Bra’ang Bayur dari 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Kelas ini disertai oleh 2 orang peserta dan memberi tumpuan kepada:
- Teknik asas penulisan prompt ChatGPT
- Penyediaan email rasmi
- Penulisan surat rasmi
Selain itu, kelas ini turut memberi penekanan kepada Asas Microsoft Office Excel, meliputi:
- Penggunaan formula asas
- Kaedah mengumpul dan menyusun data
- Menghasilkan graf untuk tujuan laporan dan pembentangan
Melalui kelas ini, peserta didedahkan dengan kemahiran praktikal penggunaan AI dan Microsoft Office bagi membantu urusan rasmi, pengurusan data serta penyediaan dokumen yang lebih teratur dan efisien.
Terima kasih kepada para peserta atas penglibatan dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: