TINY TECHIES PYTHON IN ANIMATION DAN ROBOTIC INNOVATION
3 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 September 2026, NADI Kg. Braang Bayur telah mengadakan Python in Animation Siri 6 dan Robotic Innovation Siri 6 secara dalam talian dan siaran langsung. Program ini percuma kepada semua ahli berdaftar NADI, menyediakan modul pembelajaran dan dikendalikan oleh guru berpengalaman. Peserta juga boleh mengemukakan soalan secara langsung semasa kelas.
Python in Animation Siri 6 memperkenalkan asas pengaturcaraan Python melalui penghasilan animasi yang menarik dan interaktif secara mudah serta menyeronokkan. Sesi ini berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menggunakan NADIBook.
Robotic Innovation Siri 6 memberi pengenalan kepada robotik dan inovasi melalui projek hands-on menggunakan komponen elektronik secara interaktif. Sesi ini turut berlangsung dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menggunakan NADIBook.
Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.